Friday, October 29, 2010

Selamat Manyambut Hari Raya Korban

Selang lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Tahun ini agak kurang ceria bagi saya kerana tidak berpeluang menyambutnya bersama keluarga. Perperiksaan akhir dan tugasan thesis untuk semester akhir yang jatuh pada sela masa yang sama dengan perayaan ini. Namun mungkin ini peluang saya untuk merasai pengalaman beraya di perantauan. Suatu peluang yang jarang dapat saya rasai. Namun perasaan sedih tidak hilang kerana ini kali pertama. Apapun yang berlaku, tugas sebagai pelajar perlu diteruskan. Hanya tinggal tiga matapelajaran sahaja lagi untuk dihadapi.

Ermm...memikirkan masa depan kadang - kadang membuatkan saya gusar. Apa tidaknya, peluang kerjaya agak sukar dan semakin mencabar. Kehidupan masa kini ibarat suatu "survival" di Gurun Sahara; yang kuat akan berjaya manakala yang kurang ciri - ciri istimewa mungkin tersingkir. Begitu terasa apa yang diajar oleh pensyarah ekologi dulu tentang "natural selection". Sebagai pelajar akhir, memang menjadi harapan saya agar mendapatkan perkerjaan yang bersesuaian dengan segera tetapi....apa yer yang sesuai bagi saya? Saya belajar Biologi tapi minat komputer...hmmm...mencipta sajak pun minat gak. Dulu teringin nk jadi penulis tapi sekarang hati ingin berjinak dengan haiwan liar. Seronok tengok NatGeo...tapi takda pengalaman la pulak...

Hah, sebut pasal pengalaman...satu fenomena yang banyak saya tengok. Hampir setiap kerja kosong yang ditawarkan dalam ruang kerja semua nak pengalaman. Kalau difikirkan, logiknya pelajar yang baru keluar nie nak kerja apa? Kami dok dalam universiti, belajar...takkan la nak jugak cakap ada pengalaman...
Rasanya cukupla dulu untuk kali nie, mata masih segar tapi dah nak subuh nie..kena gak tidur..nanti cepat jatuh sakit, susah pulak nak jawab exam. Insya - Allah selepas peperiksaan nie saya kan letakkan beberapa sajak yang saya ilhamkan semasa sekolah lagi..heheheheheheee..

No comments:

Post a Comment