Thursday, December 13, 2012

Pelancaran Planet Kiara dan Pameran SkyTrek

Salam semua...

Kita jumpa lagi..Eh, apa pasal jambu bebenor tulisan nie??@_@

Haa..nie okay sikit. Just nak citer arini gi pelancaran citer melayu ala2 sains fiksyen tp dengar2 penerangan tadi macam nak guna fakta sains laa..huhuhuhu..Citer nie start Khamis, 27hb Disember 2012 nie...in other word, minggu depan laa.. Sesapa nak ajar anak2 pasal sains nie elok bebenor bagi diorang tengok. Jadi, jangan lupa..Khamis, TV3 pukul 6.30ptg!
Hehehe..Saja buka cermin mata. Kalau tak jadi "Pakcik" lak muka.hihihihii..

Sinopsis cerita nie malas nak terangkan...boleh? Hahahahahaha...Citer pasal satu robot nie dicipta oleh sorang doktor, then bila penjahat nak culik(?) robot nie...dia lari dan terjumpa seorang budak nama Ariel (xsilap laa..) umur 10 tahun dan seterusnya hidupla dia dengan keluarga Ariel sambil2 memberi tunjuk ajar pasal hal2 sains yang ada kaitan dalam kehidupan seharian..dan maybe la ada aksi kejar dengan penjahat. Takkan la penjahat yang cuba nak culik tu nak biar jer Ariel bela robot tu...ye tak?

Haa..Jadi Pilot jer..Captain Kapal orang len..hahahahaha!
Habis penerangan jer sempat la gi melawat aksi Skytrek kejap..dah diberi peluang masuk PERCUMA hari nie!!! Dapatla bergambar sikit2..nak letak sini segan laa...xcomel saya masa tu. Erk, comel?? Hahaahahaha..Anyways, Kerja harini tak ada sangat jadi have fun gak semasa berada kat sana...Apa2  pun kena balik opis petang jadi dok la kejap menaip blog nie.. Haaa...jumpa lagi lain masa. Nak balik dah nie...dah kul lima dah..BALIK3!!! Sambil2 taip nie dok gak baca pasal citer2 kawin.. =P

Thursday, November 29, 2012

Tawaran~lalalalala~

Assalamualaikum w.b.t.
Haa..nak kongsi satu citer arini..semalam baru dapat email tawaran kerja SPA (setelah 4-5tahun memohon). Agak2 dapat ker?huhuhuhu..takda pengalaman dengan temuduga SPA nie sebenarnya..diorang tak macam temuduga syarikat swasta yang buat informal..yang tu senang pasal tak rasa nerves sangat..seronok lagi ada.

Haa..Nie lak citer kat satu website saya join..ada la satu minah nie memula antar email kata nak kenal. Kita on jela..alih2 tengok gambar lelaki(?). So saya tanya bebetol la..nie lelaki ker pompuan (Taknak la nyah...) so dia sampai sudah mengaku dia perempuan then start marah2. At the end, dia tak nak kawan..hahahahahahaha!Pada saya, its okay kalau tak nak kawan..kita cari yang nak kawan jer...kan?kan?Bukan citer hindustan nak jugak2 walaupun dihalang..hihihihihi..Hope dia dapatla pasangan yang sesuai..maybe lelaki yang letak gambar perempuan ker..sesssuuaaii..

Haa..(Berapa banyak haa..(?)) Arini saya ada keje jadi esok2 saya merepek lagi yer...bye2..
Ma'asalamah wa ilal liqa'...(Maaf kalau salah ejaan,lama tinggal bahasa arab nie.)

Monday, November 26, 2012

Kerja dan Bisnes: - Antara Peluang dan Ancaman

Assalamualaikum w.b.t

Haa...dah dekat setahun lebih tak tulis apa2 tapi takdelah rasa sunyi ker hapa..Lepas grad haritu adalah keja kampung jer..(kerja tolong orang kampung isi minyak). Lepas tu ada gak la join Program GEMS anjuran Khazanah Nasional nie..sekarang dah kerja dengan syarikat tempat buat intern masa dalam GEMS ni jelah..

Err..naper tulis tajuk diatas?Haaa..niat dihati nak bukak bisnes tapi xtau apa jenis bisnes yang sesuai dengan kehendak diri. Takkan la seumur hidup keje makan gaji kan?? So ada gak terfikir, nak kerja dan bisnes atau kerja sepenuh masa atau bisnes sepenuh masa?? Pening la jugak memikir masalah camni..

 Kerja sekarang terlibat dalam memberi peluang bisnes pada orang lain tapi sendiri terfikir, naper aku tak join wat bisnes? Naper nak bagi pada orang lain jer?? Adakah aku tak mampu?? Haa..jom teliti sesama baik buruk bidang bisnes dan kerja makan gaji..JOMMM...

KERJA MAKAN GAJI

Kerja yang normal,gaji tetap tapi kena lihat statusnya,parttime?kontrak atau tetap? Kalau tetap, baguslaa..gaji walaupun tak banyak bonus, masih boleh merancang perbelanjaan,kalau kontrak kenala hati2. Dah dekat tempoh kontrak kena wat persediaan cari kerja baru atau mohon sambung kontrak. Apa2 pun ada kekurangan juga seperti:
-Kerja bagus masih kena marah
-Tiada peningkatan gaji yang mendadak.
-Tetap waktu kerjanya, tak boleh ikut suka hati..kena ikut suka syarikat.
-Kalau 9perkara baik dan 1 perkara buruk kita buat, kita akan dimarahi kerana 1 perkara buruk itu.

BISNES

Kerja bisnes nie perlukan modal,usaha,kesabaran dan komitmen yang tinggi. Nak buat bisnes? Cakap saja tak cukup, persediaan mental dan fizikal kena ada. Modal pulak bukan seringgit dua, dan bukan senang nak kumpul. Tapi Bisnes ada jugak kelebihan:
- Kerja bila2 masa ikut suka hati..Nak lebih kerja lebih,nak kurang kerja kurang
-Takkan ada gaji tetap, ikut perkembangan bisnes, kalau maju,untunglaa..kalau tak??
-Masa Kerja ikut suka hati kau laa...kau kan tauke..
-Baik buruk usaha kita, kita yang fikir sendiri..
-Ada masa dan ketika kita susah sampai merempat,ada masa pulak dapat durian runtuh. Jadi orang yang always prepared for the worst akan sentiasa senang..durian runtuh padanya adalah persediaan dikala susah.



Walau apa pun yang kita buat, niat kita hendaklah kerana ALLAH. Kita nak kumpul berlian satu bukit pun, Allah tak tengok itu...Allah tengok apa kita buat dengan berlian itu..adakah dibelanjakan ke jalan yang dituntutNya atau sebaliknya..Sekian wassalam...