Sunday, November 14, 2010

My Mistake Yesterday..

Kesilapanku Semalam

Kesilapanku semalam...
Bukan bahan ketawa, tapi pengajaran diri
Tabahkan hati jalani kehidupan..

Kesilapanku semalam...
Bukan untuk dikesali, tapi dijadikan panduan
Agar hidup lebih bermakna kelak..

Kesilapanku semalam...
Bukan tanda kelemahanku, tapi bukti kebenaran
Tiada manusia sempurna dibumi ini...

Duhai tuhanku...
Syukur pada-Mu, kini daku mengerti
Tidak kesilapan itu wajar dicaci semata..
Kerana itu bukti keagunganMu..
Sementelah Kau katakan...
Tidaklah beruntung seseorang itu...
Jika tidak saling ingat-mengingatkan..
Lalu kesilapanku semalam, jadi pedoman insan hari ini...

Nukilan Wan Azizi Wan Mat (7-42am, 15/11/10)

No comments:

Post a Comment