Monday, November 26, 2012

Kerja dan Bisnes: - Antara Peluang dan Ancaman

Assalamualaikum w.b.t

Haa...dah dekat setahun lebih tak tulis apa2 tapi takdelah rasa sunyi ker hapa..Lepas grad haritu adalah keja kampung jer..(kerja tolong orang kampung isi minyak). Lepas tu ada gak la join Program GEMS anjuran Khazanah Nasional nie..sekarang dah kerja dengan syarikat tempat buat intern masa dalam GEMS ni jelah..

Err..naper tulis tajuk diatas?Haaa..niat dihati nak bukak bisnes tapi xtau apa jenis bisnes yang sesuai dengan kehendak diri. Takkan la seumur hidup keje makan gaji kan?? So ada gak terfikir, nak kerja dan bisnes atau kerja sepenuh masa atau bisnes sepenuh masa?? Pening la jugak memikir masalah camni..

 Kerja sekarang terlibat dalam memberi peluang bisnes pada orang lain tapi sendiri terfikir, naper aku tak join wat bisnes? Naper nak bagi pada orang lain jer?? Adakah aku tak mampu?? Haa..jom teliti sesama baik buruk bidang bisnes dan kerja makan gaji..JOMMM...

KERJA MAKAN GAJI

Kerja yang normal,gaji tetap tapi kena lihat statusnya,parttime?kontrak atau tetap? Kalau tetap, baguslaa..gaji walaupun tak banyak bonus, masih boleh merancang perbelanjaan,kalau kontrak kenala hati2. Dah dekat tempoh kontrak kena wat persediaan cari kerja baru atau mohon sambung kontrak. Apa2 pun ada kekurangan juga seperti:
-Kerja bagus masih kena marah
-Tiada peningkatan gaji yang mendadak.
-Tetap waktu kerjanya, tak boleh ikut suka hati..kena ikut suka syarikat.
-Kalau 9perkara baik dan 1 perkara buruk kita buat, kita akan dimarahi kerana 1 perkara buruk itu.

BISNES

Kerja bisnes nie perlukan modal,usaha,kesabaran dan komitmen yang tinggi. Nak buat bisnes? Cakap saja tak cukup, persediaan mental dan fizikal kena ada. Modal pulak bukan seringgit dua, dan bukan senang nak kumpul. Tapi Bisnes ada jugak kelebihan:
- Kerja bila2 masa ikut suka hati..Nak lebih kerja lebih,nak kurang kerja kurang
-Takkan ada gaji tetap, ikut perkembangan bisnes, kalau maju,untunglaa..kalau tak??
-Masa Kerja ikut suka hati kau laa...kau kan tauke..
-Baik buruk usaha kita, kita yang fikir sendiri..
-Ada masa dan ketika kita susah sampai merempat,ada masa pulak dapat durian runtuh. Jadi orang yang always prepared for the worst akan sentiasa senang..durian runtuh padanya adalah persediaan dikala susah.



Walau apa pun yang kita buat, niat kita hendaklah kerana ALLAH. Kita nak kumpul berlian satu bukit pun, Allah tak tengok itu...Allah tengok apa kita buat dengan berlian itu..adakah dibelanjakan ke jalan yang dituntutNya atau sebaliknya..Sekian wassalam...

No comments:

Post a Comment